PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita warga emas yang membersihkan bumbung rumahnya dengan berkain batik di Yan, Kedah mencuri perhatian orang ramai.
Menurut perkongsian seorang pengguna dikenali sebagai Anwar di TikTok, wanita berkenaan dilihat berada di atas bumbung rumah dipercayai sedang mencuci kotoran yang melekat pada permukaan tersebut.
Kebanyakan netizen di ruangan komen rata-ratanya kagum dengan kerajinan wanita tersebut meskipun sudah berusia.
“Geng mak-mak kalau suami tiada, tong gas 14 kilogram pun dia boleh angkat, apatah lagi setakat sapu atas bumbung kan,” komen Syiran.
“Orang tua memang jaga kebersihan tiptop. Jaga luar dalam. Itulah terapi depa (mereka) apabila sudah tua ini. Orang yang dari muda tak boleh kotor sampai berumur pun rumah bersih saja,” kata Farydiana.
“Hebatlah Mak Cik, yang muda belum tentu lagi berani naik atas bumbung,” ujar Hazwani Tajudin.
“Orang tua dulu berani dia lain macam. Macam mak saya pocong pun dia marahkan sebab kacau ayamnya,” balas Lina Azlina. -KOSMO! ONLINE