fbpx

CWC: Atletico tersingkir penuh menyakitkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOL tunggal daripada Griezmann (kanan) belum cukup untuk memastikan Atletico mara ke pusingan kalah mati. - AFP

PASADENA – Jurulatih Atletico Madrid, Diego Simeone mengakui kecewa apabila misi untuk menjaringkan tiga gol ke atas Botafogo tidak kesampaian selepas hanya mampu menang 1-0 sekali gus tersingkir pada kempen Piala Dunia Kelab (CWC) kali ini.

Pada aksi di Stadium Rose Bowl, Atletico telah melakukan asakan bertali arus sejurus wisel permulaan bermula tetapi pasukan Brazil itu telah bertahan dengan baik dan hanya dibolosi pada penghujung saingan hasil gol tunggal Antoine Griezmann.

Kata Simeone, ketumpulan jentera serangan bukanlah sebab pasukannya tersingkir, sebaliknya kekalahan 0-4 kepada Paris Saint-Germain (PSG) pada aksi peringkat kumpulan menjadi punca sebenar.

“Sudah tentu kam sangat kecewa kerana walaupun menang, kami masih tidak berjaya mara ke pusingan kalah mati. Kami dapat enam mata daripada tiga perlawanan dan ia bukanlah satu keputusan yang teruk.

“Cuma, kekalahan kepada PSG telah menyukarkan peluang pasukan dan harap kam dapat jadikan saingan pada kejohanan ini sebagai pengalaman untuk tampil lebih baik pada masa depan,” katanya.

Sementara itu, penjaga gol Atletico, Jan Oblak percaya jika jentera serangan memanfaatkan beberapa peluang keemasan pada babak pertama mungkin peluang untuk pasukan menang besar boleh menjadi realiti.

“Kami tidak boleh salahkan mana-mana pemain kerana bola tidak dapat menerjah jaring lebih awal. Sudah tentu kami kecewa dan tewas empat gol kepada PSG adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI