fbpx

Buruh Indonesia jinjit 20kg syabu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dadah disyaki syabu yang dirampas pihak polis baru-baru ini.

AMPANG JAYA – Perbuatan selamba seorang lelaki warga Indonesia membawa lebih 20 kilogram (kg) dadah gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila ditahan ketika berjalan di kawasan Taman Melawati, di sini Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, suspek berusia 50 tahun itu diberkas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor pada pukul 12.35 tengah hari.

“Pemeriksaan terhadap beg yang dijinjit suspek menemukan bungkusan berwarna hitam mengandungi 20 peket plastik dengan setiap satunya berisi syabu.

“Berat keseluruhan dadah itu dianggarkan 20,850 gram bernilai RM80,000,” katanya dalam kenyataan, di sini malam ini.

Menurut Mohd. Azam, suspek yang bekerja sebagai buruh itu dipercayai menetap di negara ini sejak lebih 10 tahun lalu.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan amphethamine, namun tiada rekod jenayah.

“Reman ke atas suspek dibenarkan selama tujuh hari bermula 23 Jun lalu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.

Dadah tersebut boleh menampung keperluan kira-kira 20,850 penagih khususnya di Lembah Klang sekiranya terlepas ke pasaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI