fbpx

Budak 9 tahun mati didera rupanya kanak-kanak OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANAK-KANAK yang dilaporkan maut disyaki didera bapa tirinya di kediaman di Kota Laksamana, Melaka, semalam merupakan anak OKU fizikal. Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON/ KOSMO!

MELAKA – Kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang mati dipercayai akibat didera bapa tirinya di kediaman di Kota Laksamana di sini, semalam merupakan orang kurang upaya (OKU) fizikal.

Menurut sumber, kanak-kanak itu merupakan anak kedua hasil perkahwinan pertama ibunya dengan bekas suami sebelum wanita berkenaan berkahwin kali kedua dengan suspek lelaki pada 2021.

Ujarnya, pasangan terbabit yang masing-masing berusia 36 dan 38 tahun kemudian dikurniakan seorang lagi cahaya mata.

“Mangsa merupakan kanak-kanak OKU fizikal yang hilang keupayaan untuk berjalan.

“Dalam kejadian semalam, bapa tiri mangsa telah menghantar kanak-kanak itu dalam keadaan tidak sedarkan diri ke sebuah hospital swasta dan mendakwa dia telah terjatuh sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 9.45 pagi,” katanya hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan doktor bagaimanapun mendapati kanak-kanak itu mengalami patah kaki dan mempunyai kesan lebam pada bahagian kepala serta badan yang disyaki akibat didera.

Ujarnya, susulan maklumat tersebut kedua-dua ibu dan bapa tiri mangsa ditahan dan permohonan reman dibuat hari ini di Kompleks Mahkamah Melaka bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI