fbpx

Wanita rugi RM1.68 juta ditipu adik angkat Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Seorang pesara wanita berusia 57 tahun kerugian sebanyak RM1.68 juta selepas terjerat dengan skim pelaburan dalam talian.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kejadian bermula apabila mangsa berkenalan dengan seorang lelaki mendakwa berasal dari Hong Kong melalui aplikasi WhatsApp sejak hujung Mac lalu.

“Selepas tiga minggu berkenalan, mangsa menganggap suspek sebagai ‘adik angkat’ sebelum diperkenalkan dengan skim pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan keuntungan 10 peratus dalam tempoh singkat.

“Mangsa kemudian bersetuju membuat pelaburan pertama berjumlah RM8,716 pada 18 Mac.

”Selepas menerima pulangan awal sebanyak RM10,023, mangsa yang semakin yakin meneruskan pelaburan dengan melakukan 36 transaksi berjumlah RM1,680,464 ke dalam 20 akaun syarikat sejak 14 Mac hingga 14 Jun lalu,” katanya.

Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI