fbpx

[VIDEO] Budak perempuan 9 tahun mati kena dera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANITA dipercayai ibu kandung kepada kanak-kanak perempuan disyaki didera diiringi pegawai polis ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses pengecaman mayat. -Foto oleh AMRAN ALI / KOSMO!

MELAKA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun maut dipercayai didera bapa tirinya di rumah mereka di Kota Laksamana, di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian terbongkar selepas pihaknya menerima laporan daripada sebuah hospital swasta pada pukul 10.15 pagi.

Katanya, seorang pegawai perubatan memaklumkan kanak-kanak perempuan meninggal dunia dengan kesan kecederaan disyaki didera.

“Kita menerima maklumat kanak-kanak itu dihantar ke hospital oleh bapa tirinya dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pesakit itu mengalami kecederaan patah kaki dan kesan lebam di kepala serta badan disyaki didera. Mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 9.45 pagi,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Beliau memberitahu, siasatan sedang dilakukan terhadap ibu dan bapa kanak-kanak itu.

Sementara itu, tinjauan Kosmo! di Jabatan Forensik, Hospital Melaka mendapati seorang wanita dipercayai ibu kandung mangsa diiringi pegawai polis ke bilik mayat bagi proses pengecaman.

Difahamkan, bapa tiri mangsa yang berasal dari Sabah telah ditahan bagi membantu siasatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI