PETALING JAYA – Tindakan pantas seorang lelaki membantu seorang lelaki warga emas yang terjatuh dan mengalami pendarahan di kepala mencuri perhatian ramai di media sosial.
Menerusi hantaran di TikTok milik @Tripple4, kejadian berlaku ketika dia baru sahaja selesai meletakkan kenderaan sebelum terdengar bunyi seperti sesuatu terjatuh berhampiran pintu lif.
“Balik rumah tadi baru je selesai parkir kereta, tiba-tiba bunyi orang jatuh. Rupanya dekat pintu keluar lif, seorang lelaki warga emas berusia 70-an terjatuh, kepalanya mungkin terhentak pintu, darah keluar tak berhenti.
“Terus aku meluru ke kereta, ambil Automated External De brillator (AED) kit yang memang sedia dalam kereta untuk bagi bantuan.
“Beginilah yang aku terapkan dalam hidup, apa pun bangsa dia, semua tu tolak tepi. Yang penting, apa yang mampu kita bantu, atas dasar sama manusia,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mendoakan kesihatan warga emas tersebut dan menzahirkan rasa kagum terhadap keprihatinan lelaki itu.
“Harap pak cik tu dah okay sekarang,” komen seorang pengguna.
“Alhamdulilah…awak suka menolong orang tak kira bangsa,” ujar Norzilahshah.
“Habis darah tu, bahayanya. Harap baik-baik sahaja,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE
@aceyaidani1Balik rumah tadi baru je selesai parking kereta tiba tiba bunyi orang jatuh rupanya dekat pintu keluar lif sorg uncle umur lebih kurang 70 tahun terjatuh kepalanya mungkin terkena pintu darah tak behenti .. terus aku melulu ke kereta ambik aed kit yang memang stanby dalam kereta untuk bagi bantuan pada uncle tu . beginilah yang aku terapkan dalam hidup apa pun bangsa dia semua tu tolak tepi yang penting apa yang mampu kita bantu . atas dasar sama manusia .