fbpx

Utara Israel bergegar dibedil peluru berpandu Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN keselamatan Israel meninjau sebuah bangunan yang runtuh selepas misil Iran mengenai sebuah kejiranan di Ramat Aviv semalam. – AFP

TEL AVIV – Siren amaran berbunyi di beberapa kawasan di utara Israel hari ini selepas tentera melaporkan serangan peluru berpandu Iran yang baharu, serangan ketiga dalam masa kurang dua jam.

“Sebentar tadi, siren berbunyi di beberapa kawasan di utara Israel berikutan peluru berpandu yang dilancarkan dari Iran ke arah Israel,” kata kenyataan tentera sambil menambah dalam kenyataan lain kira-kira 10 minit kemudian bahawa orang ramai dibenarkan meninggalkan tempat perlindungan.

Terdahulu, siren berbunyi di seluruh Israel selama lebih 30 minit ketika tentera memberi amaran mengenai pelbagai serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh musuh ketatnya.

“Pasukan mencari dan menyelamat beroperasi di beberapa lokasi di seluruh Israel  di mana laporan mengenai misil  yang jatuh diterima,” tambah tentera.

Perkhidmatan penyelamat Magen David Adom Israel melaporkan tiada kemalangan jiwa ‘kecuali beberapa kes kebimbangan dan orang awam yang cedera ketika mencari perlindungan’.

Media Israel melaporkan letupan kuat kawasan Ashdod di selatan Israel.

Tahap kerosakan sepenuhnya di Israel selepas 11 hari berperang dengan Iran tidak diketahui kerana sekatan  tentera  tetapi sekurang-kurangnya 50 impak misil disahkan di seluruh negara haram itu, manakala 24 orang meninggal dunia, demikian menurut angka rasmi. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI