fbpx

SPRM tahan seorang lagi ADUN minta rasuah RM150,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah RM150,000 membabitkan isu pengeluaran lesen cari gali.

Menurut sumber, lelaki berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan pada pukul 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.

“Suspek yang juga pembantu menteri dipercayai melakukan perbuatan itu pada tahun 2023 dan 2024.

“Siasatan mendapati suspek disyaki meminta dan menerima wang RM150,000 daripada individu berpangkat Datuk bagi membantu menguruskan permohonan lesen cari gali di Sabah,” katanya di sini sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Katanya, suspek bagaimanapun dilepaskan selepas keterangannya diambil dengan jaminan sebanyak RM50,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin.

ADUN tersebut juga dijangka didakwa dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI