fbpx

‘Rasa janggal berbaik semula, nak berbual pun susah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahrol berasa janggal berbaik semula dengan sahabat baik, Ajak tahun lalu kerana sudah lama tidak berkomunikasi.

PETALING JAYA – Pelakon dan pelawak, Shahrol Shiro mengakui agak janggal untuk berkomunikasi dengan rakan baik yang juga pelawak, Ajak Shiro sewaktu mereka mula-mula berbaik tahun lalu.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 41, berkata, situasi itu membuatkan mereka berasa kekok dan segan untuk memulakan perbualan.

“Sewaktu mula-mula mahu berbaik itu, bohonglah kalau tiada rasa ‘awkward’ (janggal).

“Nak sembang pun macam susah, kami berdua kena tengok kiri dan kanan semasa mahu berbual,” katanya.

Shahrol berkongsi perkara tersebut menerusi audio siar yang dilakukannya bersama Ajak dan seorang lagi pelawak iaitu Danial Zaini.

Namun begitu, Shahrol yang kini aktif dalam dunia politik meyifatkan perselisihan faham yang berlaku antaranya dan Ajak ada terselit hikmah serta membawa kebaikan dalam hubungan mereka.

“Tapi apa yang perlu kita pandang ialah hikmah disebalik kejadian itu.

“Hikmahnya adalah saya dan Ajak bersatu kembali pada masa sekarang,” katanya lagi.

Sekitar Ogos tahun 2022, kemelut dalam persahabatan kedua-duanya mula tersingkap apabila mereka saling berbalas kenyataan dalam media sosial mengenai isu membabitkan sebuah stesen radio.

Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk berdamai pada 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI