fbpx

Pesawat TUDM terkandas, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ditutup sementara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pesawat TUDM terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak pagi tadi.

PETALING JAYA – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA), Sarawak ditutup sementara berikutan insiden sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai terkandas pukul 11.30 pagi tadi.

Menurut Malaysia Airports, kerja-kerja pengalihan pesawat dan pembersihan landasan sedang dijalankan.

“Notis telah dikeluarkan dan penutupan ini dijangka berterusan sehingga pukul 3 petang. Sepanjang tempoh itu, semua operasi penerbangan di KIA terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, penumpang dinasihatkan untuk menghubungi syarikat penerbangan masing-masing bagi mendapatkan maklumat dan status terkini penerbangan.

Tambahnya, perkembangan lanjut akan dimaklumkan sebaik sahaja landasan disahkan selamat sebelum dibuka semula oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI