fbpx

Pecah tanah Olympic House Julai depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRESIDEN Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Mohamad Norza (tengah), dan Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Datin Anita Azrina Abdul Aziz (dua dari kiri), melakukan gimik perasmian pada Majlis Pelancaran Hari Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Arena sukan negara bakal memasuki era baharu apabila bangunan Ibu Pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang bertempat di Bukit Jalil dijangka siap sepenuhnya pada 2028.

Dengan nilai projek pembangunan mencecah RM97 juta, bangunan yang akan dikenali sebagai Olympic House itu dijangka memulakan pembinaan hujung tahun ini dengan majlis pecah tanah dijadualkan Julai depan.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, langkah tersebut bukan sekadar berpindah lokasi semata-mata tetapi sebagai salah satu simbol kemajuan pengurusan sukan tanah air.

“Kalau tengok dari segi pembinaan, ia akan mengambil masa 36 bulan dan melibatkan dua fasa. Fasa pertama adalah bangunan manakala fasa kedua meliputi dewan banquet serta hotel dan kita akan cuba buat yang terbaik.

“Berhubung pecah tanah, kita harap untuk melakukannya pada penghujung Julai dan kita sudah dapat lampu hijau daripada Menteri (Hannah Yeoh) dan juga PSM (Perbadanan Stadium Malaysia).

“Daripada situ kita akan mulakan permohonan kepada DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan PBT (pihak berkuasa tempatan) bagi mendapatkan kelulusan (pembinaan) tersebut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Pelancaran Hari Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

Turut hadir Pengerusi PSM, Datin Anita Azrina Abdul Aziz dan Timbalan Presiden MOM, Datuk Nur Azmi Ahmad.

Pada masa sama, Mohamad Norza turut menjelaskan, pihaknya akan cuba memastikan pembinaan fasa pertama dipercepatkan sebelum Sukan SEA Kuala Lumpur 2027 menerusi kerjasama dengan pihak berkepentingan seperti DBKL dan PSM.

Sementara itu, Mohamad Norza turut mengumumkan MOM secara rasmi melantik PSM sebagai rakan strategik dalam memajukan pergerakan Olimpik di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI