fbpx

Malaysia, Britain perkukuh kerjasama bidang kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi Britain bagi memperkukuh kerjasama Malaysia dan Britain dalam bidang kesihatan.

PETALING JAYA – Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Britain, Ajay Sharma bagi memperkukuh kerjasama Malaysia dan Britain dalam bidang kesihatan.

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, kerjasama dalam bidang kesihatan itu termasuk penyampaian perkhidmatan, transformasi sektor kesihatan serta pengurusan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.

“Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai kerjasama strategik dalam menghadapi cabaran kesihatan semasa termasuk penjagaan kesihatan primer, ‘precision medicine’ serta kerjasama di peringkat ASEAN melalui ASEAN-UK Health Security Partnership (HSP),” kata KKM dalam satu kenyataan hari ini.

KKM berkata, sesi kunjungan tersebut turut menjadi platform dua hala untuk menambah baik perkhidmatan kesihatan dan memperkukuh peranan Malaysia dalam diplomasi kesihatan serantau dan antarabangsa.

Ujar KKM, kementerian itu komited memastikan perkhidmatan kesihatan yang menyeluruh, sejajar perkembangan teknologi melalui perkongsian ilmu dan tadbir urus bersama negara luar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI