fbpx

KPM serah siasatan polis cikgu rotan murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN (dua dari kanan) menyerahkan replika cek Sekolah Angkat Madani kepada Guru Besar SK Seri Kampung Tengah, Kluang hari ini.

KLUANG – Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan berkaitan tahanan reman seorang guru wanita di sebuah pusat pendidikan prasekolah di Sungai Petani, semalam.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, pihaknya enggan memberikan sebarang ulasan kerana tidak mahu menambah fakta yang mungkin ada keraguan.

“Saya rasa dalam hal ini, kita serahkan kepada pihak polis yang sedang menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir ke Majlis Pelancaran Sekolah Angkat Malaysia Madani di Sekolah Kebangsaan Seri Kampung Tengah di Kluang hari ini.

Terdahulu, seorang guru direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes dua kanak-kanan perempuan berusia lima tahun didakwa mengalami lebam akibat dirotan seorang guru.

Dua kanak-kanak itu dikatakan dirotan kerana didakwa tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan bola jaring.

Tahanan reman dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK) kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan dengan senjata atau lain-lain benda bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI