fbpx

Kerajaan negeri, MAINS beli rumah mampu milik Type A untuk asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun pada Majlis Seminar Sinergi Zakat dan Pembinaan di Seremban di sini, hari ini. - Foto MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Kerajaan negeri menjalin kerjasama strategik dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi melaksanakan pembelian rumah mampu milik Type A untuk diberikan kepada asnaf fakir miskin yang layak menerusi inisiatif Rumah Mawaddah.

Kerjasama ini dilihat sebagai inisiatif bagi menyelesaikan isu pemilikan rumah dalam kalangan golongan berpendapatan rendah, khususnya mereka yang tidak mampu membina rumah atas tanah sendiri.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri menawarkan kuota 13 unit rumah mampu milik bernilai RM110,000 bagi satu unit kepada MAINS untuk tujuan pembelian dan agihan kepada asnaf.

“Kita dalam perbincangan untuk membeli rumah Type A yang telah siap dibina atau sedang dibina agar boleh terus diserahkan kepada asnaf yang layak.

“Ini langkah pantas bantu mereka yang amat memerlukan bagi asnaf yang tidak mempunyai tanah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Seminar Sinergi Zakat dan Pembinaan di Seremban di sini hari ini.

Langkah pembelian rumah itu juga dilihat sebagai penambahbaikan kepada program Rumah Mawaddah yang sebelum ini hanya tertumpu pada pembinaan rumah atas tanah milik asnaf.

Setiap rumah jenis Type A itu dianggarkan bernilai antara RM100,000 hingga RM110,000 dan akan dibina lengkap dengan kemudahan asas seperti elektrik, air dan tiga bilik tidur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI