PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana melanda Mindanao di Filipina pada pukul 7.34 pagi tadi.
Menerusi satu hantaran daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), gempa sederhana tersebut berukuran 5.4 skala magnitud.
“Kejadian berlaku di 6.3 darjah Utara dan 126.4 darjah Timur dengan kedalaman 20 kilometer (km).
“Ia terjadi 106km Tenggara dari Davao, Filipina,” katanya.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. – KOSMO! ONLINE