fbpx

EPL: Keputusan Onana mungkin resahkan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONANA mahu terus kekal dan bersaing dengan pemain baharu yang bakal dibawa masuk oleh United. - AFP

MANCHESTER – Penjaga gol Manchester United, Andre Onana nekad untuk kekal di Old Trafford dan bersedia untuk bersaing secara sihat dengan penjaga gol baharu yang bakal dibawa kelab itu.

Ketika ini pemain kebangsaan Cameroon itu dilihat lebih selesa untuk terus kekal menyarung jersi The Red Devils walaupun wujud minat daripada kelab Perancis, AS Monaco untuk mendapatkan khidmatnya.

Bagaimanapun, pemain 29 tahun itu enggan membuat rumusan awal tentang masa depan dan menyifatkan sebarang kemungkinan boleh berlaku termasuk meninggalkan pasukan pada jendela musim panas kali ini.

“Saya akan meninggalkan pasukan? Saya belum tahu, kita akan melihatnya nanti,” katanya ketika ditanya mengenai masa depannya.

Onana menyertai Manchester United dari Inter Milan dengan nilai £47.2 juta (RM270.8 juta) namun kehadirannya sering mencetuskan pelbagai kontroversi termasuk beberapa siri kesilapan mudah dilakukannya hingga beri impak negatif kepada pasukan.

Ketika ini Manchester United dikatakan mahu mencari pengganti Onana dan sudah pun mengadakan perbincangan awal dengan Atalanta bagi mendapatkan khidat Marco Carnesecchi.

Namun, Carnesecchi sudah pun melanjutkan kontraknya dengan Atalanta dan tumpuan kini dialihkan kepada penjaga gol Aston Villa yang juga juara dunia, Emiliano Martinez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI