fbpx

Dua peniaga Tampin terima RM100 palsu kurang sejam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasbullah menunjukkan wang kertas RM100 palsu yang diterima isterinya.

TAMPIN – Dua peniaga mendakwa menerima duit palsu not RM100 dalam tempoh kurang sejam, di sini, pagi semalam.

Seorang peniaga, Hasbullah Mohd. Saleh, 47, mendakwa, duit palsu berkenaan diterima oleh isterinya daripada peniaga apam balik berhampiran.

Bagaimanapun dakwanya, wang RM100 itu disedari palsu selepas isterinya mahu membayar duit tempahan kek serta jambangan bunga sempena hari lahir anak sulung mereka petang semalam.

“Peniaga kedai kek itu memberitahu duit itu palsu. Jika diteliti betul-betul memang kita akan sedar saiz duit itu lebih kecil selain warnanya pudar terkena air,” dakwanya ketika ditemui di sini hari ini.

Sementara itu, pekerja sebuah kedai minuman dikenali Mira, 21, berdasarkan rakaman televisyen tertutup (CCTV) dia mendakwa didatangi seorang lelaki menaiki kereta Perodua Myvi kira-kira pukul 10.24 pagi.

Rakaman CCTV individu dikatakan membayar di kaunter menggunakan duit palsu.

Dakwanya, pekerja sambilan yang mengendalikan kedainya tidak memeriksa duit berkenaan menggunakan alat pengimbas selepas menerima wang daripada lelaki tersebut.

“Kami sudah pun membuat laporan polis dan wang berkenaan juga sudah diserahkan kepada pihak sepatutnya. Kami harap agar pelakunya dapat ditangkap dan peniaga lain dapat lebih berhati-hati menerima wang bernilai besar.

“Rakaman CCTV memaparkan imej lelaki itu juga telah diserahkan kepada pihak berkuasa,” dakwanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI