fbpx

Dua lelaki direman tumbuk, gigit anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Dua lelaki direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan mengigit anggota polis ketika bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini semalam.

Kejadian berlaku pada pukul 4.30 petang apabila anggota tersebut menahan dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun dalam keadaan mencurigakan di hadapan pintu pagar IPK.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, pemeriksaan mendapati dua suspek itu dalam keadaan mabuk dan dibawa masuk ke dalam pos pengawal untuk soal siasat.

“Ketika berada di dalam pos tersebut, mereka menumbuk pipi dan menggigit dada anggota polis itu sehingga menyebabkan mangsa bengkak di mata kiri dan lebam di dada,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Menurut beliau, selain mencederakan mangsa, suspek turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis itu sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan tidak sopan terhadap penjawat awam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI