fbpx

CWC: Real menang dengan 10 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GULER (kanan) meledak gol kedua Real hasil hantaran daripada Trent Alexander-Arnold mengalahkan Pachuca awal pagi tadi. - AFP

CHARLOTTE – Meskipun terpaksa beraksi dengan 10 pemain, namun ia tidak menjejaskan rentak Real Madrid yang kembali pada tahap terbaik menerusi kemenangan 3-1 ke atas Pachuca di Stadium Bank of America awal pagi tadi.

Pemain pertahanan tengah Real, Raul Asensico dilayangkan mad merah kerana menjatuhkan penyerang kelab dari Mexico itu, Salomon Rondon seawal minit ketujuh permainan.

Situasi itu tampak sukar buat Real yang sebelum ini dikejutkan keputusan seri 1-1 dengan jaguh Arab Saudi, Al-Hilal sewaktu aksi pembukaan Kumpulan H Piala Dunia Kelab 2025.

Bagaimanapun, Real kembali membuktikan kualiti sebenar sebagai bekas juara Eropah 15 kali dengan tiga gol hasil jaringan Jude Bellingham, Arda Guler dan Federico Valverde.

Pachuca yang meraih gol sagu hati melalui Elias Montiel, tersingkir ke peringkat kalah mati selepas turut tewas aksi pertama, 1-3 kepada RB Salzburg minggu lalu.

Ia secara tidak langsung menjadi kemenangan pertama buat Xabi Alonso sebagai ketua jurulatih Real sejak dilantik menggantikan tempat Carlo Ancelotti baru-baru ini.

“Bermain kurang seorang pemain bukanlah satu perkara yang ideal, ia sangat sukar dan menyebabkan kami lebih banyak bertahan. Kami hanya menunggu peluang untuk melakukan sesuatu,” katanya.

Kemenangan itu kembali mencerahkan peluang Real untuk mara ke peringkat kalah mati selepas Al-Hilal terikat tanpa jaringan dengan Salzburg dalam satu lagi aksi awal pagi tadi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI