fbpx

Curi kabel bukan jenayah biasa, perlu tindakan lebih tegas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony bercakap pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Tindakan undang-undang lebih tegas perlu diambil bagi kesalahan mencuri kabel berikutan tindakan jenayah itu bukan kesalahan biasa, sebaliknya melibatkan keselamatan awam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, beliau sebelum ini juga sudah menghubungi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu.

“Saya juga secara terbuka sebelum ini telah meminta pihak polis untuk mengambil tindakan bukan hanya di bawah kesalahan mencuri, kerana ini melibatkan keselamatan umum dan menjejaskan keselamatan awam dan negara.

“Jadi, tindakan yang lebih tegas di bawah undang-undang ketat perlu diambil.

“Terpulang kepada pihak polis untuk mengambil tindakan tetapi kita tidak boleh memandang mudah berhubung ancaman kepada keselamatan awam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Anthony berkata demikian ketika ditanya berkenaan kebimbangan berhubung kes kecurian kabel yang boleh menjejaskan perancangan dan jadual operasi tren projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Kebimbangan itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Darwis Abdul Razak yang memaklumkan, beberapa kejadian kecurian kabel dikesan di lokasi tertentu sepanjang jajaran ECRL merentas Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Bercakap kepada pemberita di Beijing, China, semalam, Darwis berkata, perkara itu bukan sahaja meningkatkan kos baik pulih dan penggantian, malah berisiko menunda jadual ujian dan pentauliahan tren yang dijangka bermula Jun 2026. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI