fbpx

Bicara kes Vivy Yusof, suami mula April 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vivy dan Fadzarudin ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada sebutan prosiding lalu.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 hari bermula 2026 bagi perbicaraan kes Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya berhubung dana pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad.

Tarikh-tarikh itu ialah pada13 hingga 17 April , 18 hingga 22 Mei dan 8 hingga 12 Jun 2026.

Hakim Rosli Ahmad menetapkan demikian selepas pihak-pihak bersetuju dengan tarikh-tarikh berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Oktober ini bagi pengurusan kes.

Bagaimanapun dalam prosiding hari ini, Vivy dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar tidak hadir ke mahkamah kerana kehadiran mereka dikecualikan.

Semasa prosiding, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala Vivy dan Fadzarudin diwakili peguam M.Athimulan.

Pada 5 Disember 2024, pasangan itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah dana pelaburan PNB dan Khazanah Nasional Berhad bernilai RM8 juta.

Mereka didakwa dengan niat bersama sebagai Pengarah Fashion Valet Sdn. Bhd. yang diamanahkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan PNB melakukan pecah amanah dana pelaburan tersebut.

Kedua-dua tertuduh membuat pembayaran berjumlah RM8 juta daripada akaun bank milik Fashion Valet kepada syarikat 30 Maple Sdn. Bhd. tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah syarikat Fashion Valet.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah bank Plaza Damansara Bukit Damansara di sini pada 21 Ogos 2018.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Pada 22 Januari lalu, pasangan itu sekali lagi mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pilihan menyalahgunakan dana pelaburan PNB dan Khazanah Nasional Berhad bernilai RM8 juta.

Mengikut pertuduhan pilihan, mereka didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad dan PNB berjumlah RM8 juta.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan sebatan dan denda.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI