JAKARTA – Sepasang pengantin baharu di Tangerang, wilayah Banten nekad merakam gambar perkahwinan mereka meskipun lokasi penggambaran ditenggelami banjir, lapor portal berita INews semalam.
Kejadian dirakam di kejiranan Pertama dekat daerah Pasarkemis baru-baru ini.
Rakaman video yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @abouttng memaparkan pasangan terbabit sedang duduk di atas bangku sambil memakai baju pengantin warna sedondon.
Meskipun air banjir mencapai paras peha, mereka tetap santai ‘berposing’ ketika gambar dirakam oleh beberapa jurufoto.
Rakaman itu mencatatkan lebih 571,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Manusia kalau berfikir positif, mereka tidak akan mengeluh,” kata seorang netizen.
“Sewa banjir berapa kak?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI