fbpx

Amesu catat sejarah meterai enam CA serentak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven bersama Jey Kumar (enam kiri) pada majlis menandatangani 6 CA anjuran Amesu di Shah Alam, hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

SHAH ALAM – Kesatuan Kakitangan Ladang-Ladang Seluruh Tanah Melayu (Amesu) mencatat sejarah tersendiri apabila memeterai enam Perjanjian Kolektif (CA) secara serentak hari ini.

Kesemua CA itu meliputi majikan dalam sektor perladangan termasuk Persatuan Pengeluar Pertanian Tanah Melayu (Mapa), IOI Group of Companies; Dara Lam Soon Sdn. Bhd.; Arah Kawasan Sdn. Bhd; HK Gua Musang Sdn. Bhd. dan YPJ Plantations Sdn. Bhd.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata, Amesu antara kesatuan tertua yang mewakili lebih 5,000 pekerja dan ditubuhkan sejak 1927.

Menurut beliau, MAPA pula merupakan wakil kepada 120 syarikat perladangan utama di seluruh negara.

“Majlis ini dianggap pencapaian luar biasa dalam sejarah perjuangan pekerja kerana buat pertama kalinya enam CA berjaya dimeterai serentak.

“Perjanjian itu juga bakal meningkatkan manfaat lain dalam meningkatkan produktiviti dan menambah baik kesejahteraan warga kerja dalam sektor perladangan,” katanya ketika menyaksikan majlis menandatangani CA itu di sini, hari ini.

Kata Steven, semua ahli Amesu kini bakal menikmati kenaikan gaji baharu sehingga 12 peratus bermula 1 Januari lalu dan para pekerja akan menerima tunggakan kenaikan antara RM3,000 hingga RM10,000.

“(Namun) ia bergantung kepada gred jawatan, tempoh perkhidmatan dan kadar elaun masing-masing,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI