fbpx

[VIDEO] Tong gas ‘percuma’ di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video satu tong gas terjatuh dari sebuah lori di lebuh raya kawasan Sedenak, Johor semalam.

PETALING JAYA – Satu tong gas yang dibawa sebuah lori secara tiba-tiba terjatuh di atas jalan, dalam kejadian di lebuh raya di kawasan Sedenak, Johor semalam.

Kejadian dirakam video papan pemuka atau ‘dashcam’ serta dimuat naik pada TikTok Jidinn, selain dikongsikan oleh pengguna media sosial lain sehingga mendapat kecaman daripada orang ramai.

Berdasarkan video tersebut, pemandu yang juga pemilik ‘dashcam’ menggunakan laluan kanan di lebuh raya itu, manakala lori yang membawa tong gas berada di laluan kiri beberapa meter di hadapan.

Tidak lama selepas itu, satu tong gas secara tiba-tiba terjatuh daripada lori tersebut dan menggelongsor di atas jalan di laluan sebelah kiri.

Pada masa sama, tiada kenderaan lain di belakang lori pada laluan kiri dan difahamkan, tiada insiden tidak diingini susulan kejadian itu.

“Buat kerja tu kena ikhlas bos. Ikat lah betul-betul benda tu. Bukannya ringan tong gas tu. Kalau melekat kat kereta, tak jadi apa tu bos. Bahaya kan pengguna jalan raya, nasib tak ada kereta belakang tu,” menurut kapsyen yang dimuat naik Jidinn.

Orang ramai meninggalkan pelbagai maklum balas selain berharap mana-mana pemandu kenderaan berat supaya mengambil berat keselamatan muatan yang dibawa bagi mengelakkan kemalangan dan sebagainya.

“Nasib tak kena kereta orang lain. Tak pasal-pasal jadi isu besar,” komen Syed Qayyum Sr pada Facebook.

“Habislah kena gantung kerja permit kena sekat,” kata Ang Fidodido. – KOSMO! ONLINE

@_jidinnnBuat keje tu kene ikhlas boss,, ikat lah bebetul benda tu,, bukan nya ringan tong gas tu,, kalau melekat kat kereta tak jadi ape tu boss,, bahaya kan pengguna jalan raya betul,, nasib tak de kereta blkng tu 😅

♬ original sound – Adrian Lo Dejavu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI