JOHOR BAHRU – Malang nasib seorang lelaki apabila mangsa maut selepas motosikal ditunggang terbabas sebelum termasuk ke dalam lubang saluran pembetung di Jalan Mutiara Emas Utama di sini kelmarin.
Lubang saluran pembetung itu didapati telah terbuka dengan penutupnya masih berada di tepi dan dipercayai dilakukan individu tertentu.
Kejadian tersebut berlaku pada pukul 8.20 pagi dan mangsa ditemukan orang ramai yang ternampak lelaki itu seolah-olah ‘terbang’ masuk ke dalam lubang tersebut selepas terbabas.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kemalangan berlaku apabila penunggang motosikal iaitu seorang lelaki tem patan berusia 36 tahun tiba-tiba terbabas ke sebelah kiri jalan.
Katanya, mangsa kemudian terjatuh ke dalam lubang pembetung yang telah terbuka.
“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.-KOSMO! ONLINE