fbpx

Video palsu, Acryl Sani nafi terima bantuan kewangan daripada ‘Datuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein Omar Khan.

PETALING JAYA – Video tular memaparkan individu menyerupai bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang didakwa menerima bantuan kewangan daripada seorang ‘Datuk’ adalah palsu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, video itu yang dikesan dimuat naik di platform TikTok telah dimanipulasi menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menegaskan bahawa Ketua Polis Negara ke-23 tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang dipaparkan dalam video tersebut.

“Laporan polis telah dibuat oleh (Acryl Sani) dan menafikan rakaman video tersebut merupakan kenyataan rasmi beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan semula video tersebut dan diminta sentiasa membuat semakan kesahihan maklumat sebelum berkongsi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI