fbpx

Semoga Allah merahmati Sultan Kedah – Sultan Ibrahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ucapan dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik menerusi laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofea menzahirkan ucapan Selamat Ulang Tahun Keputeraan ke-83 Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.

Ucapan berkenaan dizahirkan Sultan Ibrahim menerusi poster di muat naik di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

“Semoga Allah SWT merahmati Baginda dengan kebahagiaan dan melanjutkan usia Baginda,” menurut poster itu.

Sultan Sallehuddin, Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin hari ini berkenan berangkat ke Istiadat Perbarisan Kehormatan sempena Ulang Tahun Keputeraan Baginda yang diadakan di Dataran Medan Bandar, Alor Setar, Kedah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI