KEMBALI memancing perhatian, penampilan anggota kumpulan Dolla, Sabronzo dalam video terbaharu yang menunjukkannya menari mengejutkan ramai.
Bukan lenggok tubuhnya yang diperdebat netizen, tetapi pemilihan gaya persalinan yang didakwa ‘tak cukup kain’.
Pemilik nama lengkap Wan Sabrina Wan Rusli itu menggayakan seluar pendek rona hitam dipadankan top seakan-akan bra dengan warna senada.
Rata-rata menyifatkan Sabronzo seperti terlalu terikut-ikut dengan budaya Barat sehingga berani memakai persalinan mencolok mata.
Malah ada yang lebih lantang dengan mendakwa wanita berusia 30 tahun itu terlalu mencuba untuk kelihatan lebih daripada kumpulan Blackpink.
Tidak kurang juga secara sinis menuduhnya mahu acah-acah sebagai bintang K-pop yang tidak kisah bergaya berani.
Mungkin Sabronzo boleh ulas komen netizen? Kita tunggu maklum balasnya dalam media sosial.
DIVA: Ada peminat gembira Syasya keluar Dolla awal.