fbpx

Remaja maut, rakan parah rempuh kereta buat pusingan U

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja maut, manakala rakannya parah dalam kemalangan di KM49.5 Jalan Alor Setar-Butterworth di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang remaja lelaki maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal dinaiki melanggar sebuah kereta yang membuat pusingan U di Kilometer 49.5 Jalan Alor Setar-Butterworth, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 pagi itu, penunggang motosikal, Muhammad Adam Helmy Md. Salleh, 17, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sementara rakannya, Aliff Iskandar Ahmanizam, 17, mengalami kecederaan pada kepala dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika dua remaja itu menaiki motosikal jenis Yamaha Y150 ZR dari arah Bedong menghala ke Sungai Petani.

“Sebaik tiba di lokasi kemalangan berdekatan sebuah stesen minyak di Sungai Lalang, sebuah kereta jenis Perodua Axia yang berada di bahu jalan sebelah kiri tiba-tiba membuat pusingan U.

“Disebabkan jarak terlalu dekat, penunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu merempuh pintu hadapan kereta yang dipandu seorang penghantar barang berusia 39 tahun menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh di tengah jalan,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI