fbpx

Rakyat marah Trump, Amerika serang Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara komen kritikan rakyat AS terhadap Trump selepas serangan tentera negara itu ke atas tiga tapak nuklear Iran.

PETALING JAYA – Rakyat Amerika Syarikat (AS) meluahkan kemarahan ke atas Presiden Donald Trump selepas tentera AS melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran, termasuk kemudahan pengayaan uranium bawah tanah di Fordow.

Menerusi tinjauan di media sosial, meninggalkan komen dan maklum balas yang mengkritik dan marah selain ada juga menyindir penyokong-penyokong Trump.

Luahan kemarahan dan kritikan itu dibuat oleh rakyat AS pada ruangan komen media sosial portal dan laman web berita di negara tersebut selepas Trump menyatakan serangan dilakukan tentera AS ke atas tapak nuklear Iran.

“Sudah pasti ini pentadbiran paling teruk dalam sejarah AS,” komen pengguna Instagram Miriam Ruiz.

“Semua ‘Trumpies’ (penyokong Trump) senyap masa ini,” kata Emilio.

“Saya pasti China dan Russia tidak akan diam untuk menentang AS,” komen Taylor Greenwalt.

“Ini antara Israel dan Iran. Kenapa kita (AS) dalam hal ini?,” kata Brandi Williams.

“Mungkin boleh hantar semua pengundi Trump untuk berperang,” komen Chery Christine.

Hari ini Trump menyatakan bahawa tentera AS telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran, termasuk kemudahan pengayaan uranium bawah tanah di Fordow.

“Kami telah menyelesaikan serangan ‘yang sangat berjaya’ ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordow, Natanz dan Esfahan,” kata Trump dalam catatan di platform Truth Social.

Sebelum itu, beberapa jet pengebom halimunan B-2 yang mampu memusnahkan tapak nuklear Fordow, dikesan menuju ke barat merentasi Laut Pasifik semalam, ketika spekulasi meningkat bahawa AS akan menyerang kemudahan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI