fbpx

Raja Nurfatimah pengamal media disegani ramai – Menteri Komunikasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyifatkan Allahyarham Raja Nurfatimah seorang wartawan berdedikasi terutama dalam lapangan hiburan.

KAJANG – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Penolong Pengarang Berita Hiburan Berita Harian (BH), Raja Nurfatimah Mawar Mohamed, 49, yang meninggal dunia di kediamannya di Sungai Long, petang tadi.

Fahmi menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun instagramnya menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar buat dunia kewartawanan tanah air khususnya lapangan hiburan.

“Innalillahi wainna ilaihi raji’un. Saya berdukacita menerima berita pemergian Raja Nurfatimah Mawar, Penolong Pengarang Berita Hiburan Berita Harian (BH), hari ini.

“Saya sampaikan ucapan takziah yang setulusnya kepada seluruh keluarga Allahyarham, serta sahabat handai di BH.

“Allahyarhamah merupakan seorang pengamal media yang disegani oleh rakan-rakan dan kenalan seindustri,” katanya.

Terdahulu, Raja Nurfatimah meninggal dunia selepas mengadu sakit dan sukar bernafas kira-kira pukul 2 petang, semalam.

Pemergian Raja Nurfatimah yang memiliki lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang kewartawan dan cukup dikenali dalam kalangan pengamal industri seni, mengejutkan keluarga dan kenalan.

Jenazah Allahyarham Raja Nurfatimah dibawa ke Hospital Kajang, bagi menjalani postmortem.

Jenazah Allahyaham Raja Nurfatimah kemudian dibawa ke kampung halaman di Kuala Terengganu, Terengganu untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Haji Kadir Pasir Panjang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI