fbpx

‘Penyakit ain betul, sampai anak saya meragam, tak dengar cakap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayda mula mengesyaki anak sulungnya, Nayla terkena penyakit ain.

PETALING JAYA – Anak sentiasa meragam setiap kali dia memuat naik video dalam Instagram, penyanyi pelakon Ayda Jebat baru menyedari tentang kewujudan penyakit ain.

Menurut Ayda atau nama lengkapnya Nur Suhada Jebat, 33, anak sulungnya, Ana Nayla akan tunjukkan ragam pelik setiap kali menerima pujian daripada peminat.

“Kalau fasal penyakit ain dulu saya tak tahu sangat. Bila baca dan imbas kembali, setiap kali muat naik video anak saya contohnya Nayla, orang komen, malam nanti atau esok dia akan buat perangai (meragam).

“Sampai kita tertanya-tanya kenapa dia tidak mahu dengar cakap. Dia akan berlawan dengan apa orang cakap.

“Saya sampai cakap dengan Nabil (suami), saya baru perasan orang cakap ada penyakit ain. Setiap kali muat naik fasal Nayla, pasti ada je ragam dia,” katanya dalam sebuah video temu bual.

Bagaimanapun, penyanyi yang popular dengan lagu Nakal Nakal Nakal itu tidak boleh mengehadkan muat naik hantaran mengenai anak-anak kerana mereka juga terlibat dalam sesetengah kempen.

“Bukan perlu berjaga-jaga. Nak buat macam mana, kita bekerja dan anak-anak terlibat dalam kempen.

“Nak bataskan pun susah sebab ada benda yang kita perlu muat naik untuk kempen tapi dalam masa sama berjaga-jaga.

“Bagi saya memang betul (penyakit ain). Kepada selebriti yang tidak mahu tayang anak takut penyakit ain, memang benar. Ini bukan cerita bohong,” ujarnya lagi.

Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ana Nayla, 3, dan Aali Mateen, 1. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI