fbpx

Penindasan Palestin bukan sekadar kebuntuan politik – Mohamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menyampaikan kenyataan negara mewakili Malaysia dalam sesi pertama Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam OIC ke-51 di Istanbul, Türkiye, petang semalam.

PETALING JAYA – Malaysia kekal teguh menuntut penamatan penjajahan rejim Zionis Israel dan penubuhan negara Palestin yang merdeka, berasaskan sempadan pra-1967 dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara.

Ketegasan itu dinyatakan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohmad Hasan sewaktu menyampaikan kenyataan negara mewakili Malaysia dalam sesi pertama Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam OIC ke-51 di Istanbul, Türkiye, petang semalam.

Mohamad berkata, Malaysia menegaskan pendirian terhadap isu Palestin dan keperluan keadilan global.

“Penindasan terhadap rakyat Palestin bukan sekadar kebuntuan politik, ia adalah pencemaran terhadap hati nurani kemanusiaan.

“Saya juga menekankan pentingnya kerjasama strategik sesama negara Islam selain memperjuangkan hak asasi serta pembangunan mampan,” katanya pada hantaran Facebook, hari ini.

Mohamad berkata, Malaysia sentiasa bersedia memainkan peranan aktif demi masa depan ummah yang lebih cerah.

Media melaporkan, Mohamad mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat berkenaan yang melibatkan penyertaan menteri luar dan wakil daripada 57 negara anggota OIC, bermula semalam dan hari ini.

Dengan tema ‘OIC dalam Dunia Transformasi’, mesyuarat itu membincangkan dan mempersetujui pendekatan bersama dalam menangani cabaran politik, sosioekonomi dan budaya dihadapi ummah, menerusi pengesahan Deklarasi Istanbul dan hampir 146 cadangan resolusi berkaitan.

Mesyuarat itu juga merupakan platform untuk memperluas kerjasama dan perpaduan dalam kalangan negara anggota OIC dalam mempromosikan keamanan dan keselamatan untuk ummah dan masyarakat global secara amnya, khususnya di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di rantau Asia Barat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI