fbpx

OCBC bakal sediakan pembiayaan RM3 bilion lagi untuk JS-SEZ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helen Wong (tiga dari kiri) dan Onn Hafiz (tengah) pada sesi kunjungan hormat ke kediaman Menteri Besar di Saujana, Johor Bahru.

PETALING JAYA – OCBC telah menyediakan pembiayaan berjumlah lebih RM11 bilion kepada syarikat perniagaan di negeri Johor sejak awal tahun lepas, sebagai sebahagian daripada
komitmen untuk membangunkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Helen Wong berkata, pihaknya dijangka menyediakan pembiayaan sekurang-kurangnya RM3 bilion lagi bagi pelaburan ke dalam pelbagai sektor termasuk hartanah, minyak dan gas, pembuatan serta pusat data menjelang akhir tahun 2025.

Menurut beliau,  pendekatan One Group atau Satu Kumpulan OCBC, yang menggabungkan kekuatan bersama OCBC Bank, Great Eastern Holdings (anak syarikat insurans), Bank of Singapore (bahagian
perbankan persendirian) dan bahagian pajakan serta pengurusan kekayaan telah meletakkan Kumpulan berada pada kedudukan yang unik untuk menyokong pertumbuhan perniagaan dan menyelaraskan kerjasama rentas sempadan.

“Kami telah lama bertapak di Johor, iaitu lebih daripada seratus tahun. Cawangan pertama OCBC Malaysia di Johor ditubuhkan pada 1917 dan kini terdapat lapan cawangan di negeri ini,
daripada 38 di seluruh Malaysia.

“Selepas memberikan komitmen lebih RM11 bilion dalam bentuk pembiayaan kepada syarikat-syarikat perniagaan di Johor, kami berusaha untuk terus merangsang aktiviti ekonomi tempatan dan
pelaburan rentas sempadan di Johor dan JS-SEZ menerusi sekurang-kurangnya satu lagi pembiayaan bernilai RM3 bilion menjelang akhir tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena sesi kunjungan hormat barisan eksekutif kanan Kumpulan OCBC ke kediaman rasmi Menteri Besar Johor,  Datuk  Onn Hafiz Ghazi di Saujana, Johor Bahru. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI