fbpx

Malaysia digesa bantah keras serangan AS terhadap Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tuan Ibrahim (kanan) bercakap pada sidang akhbar di Seri Iskandar hari ini.

PARIT – Kerajaan perlu menyatakan bantahan keras terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara ke atas tiga kemudahan nuklear Iran hari ini.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selain Malaysia, lain-lain negara juga perlu meluahkan bantahan sama terhadap serangan berkenaan.

“Teguran keras perlu diberikan kepada AS termasuk menghantar nota bantahan kepada Duta AS di negara ini.

“Pas melahirkan rasa berdukacita terhadap serangan ke atas Iran tersebut. Kita membantah sekeras-kerasnya campur tangan AS membantu Israel dalam keadaan kezaliman Israel pada rakyat Palestin,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Parit di Seri Iskandar di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan, Presiden AS, Donald Trump dalam hantarannya di media sosial memaklumkan negara tersebut telah menyerang tiga kemudahan nuklear Iran

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, Senat Amerika turut membantah tindakan campur tangan oleh Trump yang didakwa tidak mengikut prosedur sepatutnya sebelum melancarkan serangan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI