fbpx

Lembu ternakan Terengganu dipasang kod QR, elak kes berkeliaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

HULU TERENGGANU – Enakmen baharu akan digubal bagi mewajibkan penternak negeri ini mendaftar serta memasang kod respon pantas (QR) pada haiwan ternakan mereka sebagai usaha mengatasi isu ternakan berkeliaran di negeri ini.

Pengerusi Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi Terengganu, Datuk Dr. Azman Ibrahim berkata, enakmen baharu yang bakal dikenali sebagai Enakmen Kawalan Ternakan Ruminan itu meliputi ternakan kerbau, lembu dan kambing.

“Kita sedang kaji daripada segenap aspek bagi membolehkan pelaksanaan enakmen ini. Ia perlu digubal terlebih dahulu di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum dilaksanakan.

“Berdasarkan enakmen yang dicadangkan ini, kita boleh mengetahui pemilik haiwan terbabit dengan pendaftaran dan tag (kod QR) yang sah,”katanya di Kampung Temir di sini, hari ini selepas melancarkan Kajian Penandaan Peralatan Tangkapan Nelayan Darat di Sungai Terengganu.

Azman berkata, haiwan ternakan tidak berdaftar atau tidak memiliki tag kod QR boleh disita atau dilelong oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI