fbpx
PENDUDUK menyaksikan kesan kebakaran kilang di Kawasan Perindustrian Kota Puteri berhampiran Taman Megah Ria, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

Kilang terbakar: Bomba kesan kandungan sulfur dalam udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor mengesan kehadiran kandungan sulfur dalam udara susulan kebakaran yang berlaku di Kawasan Perindustrian Kota Puteri berhampiran Taman Megah Ria, di sini semalam.

Timbalan Ketua Zon Johor Bahru, Penguasa Kanan Bomba II, Rosfarawadi Ismani Ismail berkata, penggunaan topeng pelitup muka diperlukan, namun kandungan sulfur tersebut tidak tinggi.

“Pasukan Hazmat digerakkan ke lokasi pada pukul 11.40 malam untuk mengambil bacaan udara dan sampel bahan pejal di dua lokasi dikenalpasti sebagai divisyen satu dan divisyen dua.

“Kebakaran di divisyen satu selesai dipadam sepenuhnya pada pukul 4 petang. Manakala pemadaman di divisyen dua bersependapat kesukaran kerana terdapat halangan tong minyak yang besar dan banyak,” katanya.

Tambah Rosfarawadi Ismani, kerja-kerja pemadaman masih diteruskan dengan menggunakan tiga aliran 700 kaki tiga pancutan air dari pili bomba pam jentera.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI