fbpx
JOHARI (tengah) ketika menghadiri majlis Dialog@KPK Bersama YB Menteri Kementerian Perladangan Dan Komoditi di Kuala Kangsar hari ini. - Foto FADZIL ZAINOL

Kemukakan cadangan kembalikan Hishammuddin kepada pucuk pimpinan parti – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA KANGSAR – UMNO Bahagian Sembrong diminta mengemukakan cadangan kepada pucuk pimpinan parti yang mahukan hukuman penggantungan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ditamatkan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mahu langkah itu dibuat sebelum ulasan lanjut boleh diberikan mengenai cadangan tersebut.

“Buat cadangan itu dan bawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi parti. Saya akan beri komen,” katanya kepada pemberita selepas majlis Dialog@KPK Bersama YB Menteri Kementerian Perladangan Dan Komoditi di sini hari ini.

Semalam, UMNO Bahagian Sembrong sebulan suara membawa usul merayu hukuman penggantungan selama enam tahun ke atas Hishammuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Sembrong dan bekas Naib Presiden UMNO ditamatkan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI