fbpx

Itu kawasan semulajadi buaya, jauh dari tempat awam – Perhilitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video tular memaparkan seekor buaya di Sungai Linggi.

SEREMBAN – Orang ramai diminta agar tidak panik selepas tular sebuah video yang menunjukkan beberapa ekor buaya bersidai di kawasan berpasir, dipercayai di sekitar Sungai Linggi, di sini.

Pengarah Jabatan Perhilitan Negeri Sembilan, Faizal Izham Pikri berkata, lokasi yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah habitat semula jadi buaya, dan jauh dari tempat awam seperti kawasan mandi-manda atau tapak riadah.

“Kawasan berpasir dan berlumpur memang biasa jadi tempat buaya bersidai. Hasil pemantauan kami, tiada aktiviti riadah atau mandi-manda di situ. Hanya pemancing yang biasa berada di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Video berdurasi 40 saat itu telah mencetuskan kebimbangan netizen, dengan ramai mengingatkan orang awam agar tidak menghampiri kawasan tersebut dan mengelakkan gangguan terhadap haiwan liar berkenaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI