fbpx

Iran aktifkan sistem pertahanan udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai tentera menyaksikan perarakan semasa sambutan Hari Tentera tahunan Iran di Tehran pada 18 April lalu. - AFP

TEHRAN – Media Iran hari ini mengesahkan bahawa sebahagian daripada kemudahan pengayaan uranium Fordow serta tapak nuklear Isfahan dan Natanz diserang, lapor laman berita The New Arab.

“Beberapa jam yang lalu selepas pertahanan udara Qom diaktifkan dan sasaran musuh dikenal pasti, sebahagian daripada tapak nuklear Fordow diserang oleh serangan udara musuh,” lapor agensi berita Tasnim ketika memetik jurucakap jabatan pengurusan krisis wilayah Qom, Morteza Heydari.

Agensi berita Fars pula melaporkan bahawa pertahanan udara Isfahan dan Kashan mula diaktifkan untuk menentang sasaran musuh.

“Beberapa letupan kedengaran serentak,” lapornya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI