fbpx

AS serang Iran, letupkan 3 tapak nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej dirakam pada 12 Februari lalu menunjukkan gambaran keseluruhan kemudahan pengayaan uranium Fordow di selatan Tehran. - AFP

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menyatakan hari ini bahawa tentera Amerika Syarikat (AS) telah melancarkan serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran, termasuk kemudahan pengayaan uranium bawah tanah di Fordow.

“Kami telah menyelesaikan serangan ‘yang sangat berjaya’ ke atas tiga tapak nuklear di Iran, termasuk Fordow, Natanz dan Esfahan,” kata Trump dalam catatan di platform Truth Social.

“Muatan penuh BOM telah dijatuhkan di tapak utama, Fordow,” katanya sambil menambah bahawa pesawat itu telah keluar dari ruang udara Iran dan dalam perjalanan pulang.

Sebelum itu, beberapa jet pengebom halimunan B-2 yang mampu memusnahkan tapak nuklear Fordow, dikesan menuju ke barat merentasi Laut Pasifik semalam, ketika spekulasi meningkat bahawa AS akan menyerang kemudahan tersebut.

Trump secara terbuka mengumumkan Khamis lalu bahawa beliau akan membuat keputusan dalam dua minggu akan datang (mengenai kebarangkalian serangan ke atas Iran) bagi memberi Tehran peluang terakhir untuk berunding. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI