fbpx

[VIDEO] ‘Dah macam kelas bahasa Mandarin’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pekerja restoran di Yunnan, China bantu pelancong Malaysia pesan makanan.

 

PETALING JAYA – Gelagat seorang pekerja di sebuah restoran di Yunnan, China berdiri di atas kerusi ketika mengambil pesanan rakyat Malaysia yang melancong ke negara itu mencuri perhatian ramai.

Menerusi satu perkongsian oleh pemilik akaun TikTok @zhafventures, situasi lucu itu tercetus selepas pelancong Malaysia diberikan sehelai kertas untuk pesanan makanan, namun gagal memahaminya.

Kesukaran berkomunikasi menyebabkan pekerja tersebut terpaksa menggunakan kaedah menunjuk gambar menu makanan yang ditampal pada dinding restoran untuk membantu pelanggan membuat pilihan.

“Mereka terus beri sehelai kertas sebagai tanda pesanan pilihan menu, tapi masalahnya kami tak faham. Jadi kami minta pelayan kedai untuk ambil pesanan dengan cara tunjuk gambar yang ditampal di dinding kedai,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat usaha kedua-dua pihak untuk berkomunikasi dengan cara tersendiri sehingga ada yang mengatakan situasi tersebut seolah-olah di dalam kelas bahasa Mandarin.

“Subjek bahasa apa ni? Kaa cikgu relief?” kata Ikah.

“Dah macam cikgu ajar dalam kelas,” ujar She.

“Dah macam kelas bahasa Mandarin,” komen Jam. -KOSMO! ONLINE

@zhafventures Dah pulak kena ambil kelas mandarin #zhaftravel #zhafventures #fypmalaysia #traveltiktok #yunan #travelchina ♬ suara asli – N`chy

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI