PETALING JAYA – Seorang isteri meluahkan rasa kecewa apabila suaminya yang tidak bekerja tetapi sering ‘hilang’ dari rumah seolah-olah lebih sibuk daripada lelaki bergaji tetap.
Menerusi perkongsian wanita itu di kumpulan Facebook, Luahan Hati Seorang Isteri, dia mendedahkan suaminya gemar keluar melepak bersama rakan-rakan sejak awal pagi hingga ke awal pagi keesokan harinya, sehingga tiada masa dengan keluarga.
“Suami saya seorang yang sibuk, dia tak belerka tetapi dia tersangat sibuk.
Pagi-pagi dah hilang lepak dengan kawan-kawan, mlm pukul 10 malam pun dah hilang lepak dengan kawan-kawan sampai 4 hingga 5 pagi,” katanya.
Malah, katanya wanita walaupun suaminya berada di rumah, dia hanya tidur sepanjang hari.
“Empat tahun usia perkahwinan kami, belum dikurniakan anak. Saya dah mula merasa bosan. Sebenarnya, saya dah terfikir kalau hubungan masih macam ini pada tahun kelima, saya rasa nk ambil keputusan berpisah.
“Kalau saya carikan kerja, macam-macam alasan dia, tak boleh kerja kilang lah, tak boleh bercampur dengan pekerja asing lah, tak boleh kerja masa panjang lah,” luahnya.
Lebih menyedihkan, wanita itu terpaksa merayu untuk bersama suaminya sehingga sanggup menawarkan bayaran tertentu sekiranya masa tersebut boleh dibeli.
“Saya WhatsApp suami, saya cakap nak beli masa dia untuk hari ini. Agak-agak dia mengamuk tak ya? Atau marah-marah saya?,” soalnya.
Luahan wanita itu turut mendapat simpat dalam kalangan netizen dan ada yang menyarankan agar individu tersebut berbincang secara terbuka dengan suaminya mengenai perasaan dan masa depan hubungan mereka.
“Melepak tu tak heran sangat yang tak kerja tu rasa dah lama patut tinggalkan,” kata seorang pengguna.
“Lebih baik berpisah sahaja sbab belum ada anak. Kalau ada anak nanti susah dah nak berpisah,” pesan Nur Atikah.
“Dah kalau tak bekerja, macam mana. Baik berundur jela sis. Jangan harap ada anak dengan orang macam ini, baik pisah kahwin lain. Moga dipermudahkan urusan ya,” kata Cahaya Qaseh. – KOSMO! ONLINE