fbpx

Sangka bunyi tembakan gagak, rupanya kes bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat mangsa di lokasi kejadian malam tadi.-FOTO- ISKANDAR SHAH MOHAMED/KOSMO!

KLANG – “Kami sangka ia bunyi tembakan burung gagak atau mercun tetapi rupa-rupanya kes bunuh”.

Itu kata peniaga sekitar lokasi kejadian seorang lelaki maut ditembak di hadapan sebuah kedai motosikal di Taman Meru Utama, Meru di sini, semalam.

Menurut wanita berusia 50-an yang enggan dikenali itu, ketika kejadian dia bersama beberapa pelanggan berada di kedai runcitnya, kira-kira pukul 3.19 petang.

“Tidak lama kemudian, saya terdengar bunyi agak kuat dan menyangka ia mungkin orang menembak gagak atau mercun.

“Sejurus melihat ke luar, saya terkejut ada individu ditembak di depan kedai motosikal berkenaan,” katanya.

Tambahnya, insiden itu kali pertama berlaku sejak dia berniaga di kawasan berkenaan lima tahun lalu.

“Mujur tiada orang awam lain cedera dalam kejadian tembakan berkenaan,” ujarnya.

Terdahulu, polis mengesahkan seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun mati ditembak dan ditemukan dalam sebuah pacuan empat roda jenis Ford Ranger.

Pemeriksaan polis menemui mangsa dalam keadaan mengiring dengan berlumuran darah di tempat duduk pemandu sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan. Kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI