fbpx

Ramai mohon kerja kerajaan walaupun tiada skim pencen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Jailani (kanan) beramah mesra bersama pengunjung sempena Kembara Kerjaya SPA @ Pulau Pinang 2025 di Perai hari ini.

SEBERANG PERAI – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) yakin minat golongan belia terhadap sektor perkhidmatan awam kekal tinggi dengan jumlah permohonan dijangka mencecah 1.3 juta tahun ini walaupun tanpa skim pencen.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), Datuk Seri Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata, biarpun dasar baharu itu masih di peringkat penilaian, namun jumlah permohonan jawatan kosong yang diterima amat menggalakkan.

“Kalau tahunan kita terima sehingga 1.2 juta permohonan, mungkin tahun ini boleh mencapai 1.3 juta (permohonan). Apa yang boleh disimpulkan adalah permintaan untuk menyertai perkhidmatan awam masih lagi tinggi.

“Malah ramai yang berminat walaupun tiada lagi skim pencen.

“Oleh itu, kita melaksanakan pelbagai program dan turun padang bagi memastikan golongan belia yang sedang mencari kerja memperoleh maklumat terkini jawatan kosong melalui SPA,” katanya selepas meninjau Kembara Kerjaya SPA@Pulau Pinang 2025 di Perai, di sini hari ini.

Ahmad Jailani berkata, program itu berlangsung di empat lokasi iaitu Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pulau Pinang sepanjang enam bulan lalu dan akan diadakan di Kelantan, Putrajaya, Melaka, Perak, Johor serta Kuala Lumpur. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI