fbpx

PRN Johor paling lewat April 2027 – Onn Hafiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi masih berteka-teki sama ada akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada tahun hadapan atau sebaliknya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor itu berkata, PRN Johor akan diadakan selewatnya pada April 2027, setelah penggal pentadbirannya berakhir.

Namun, beliau sudah mengingatkan pemimpin di peringkat bahagian dan akar umbi untuk bersiap sedia dari sekarang dan tidak perlu menunggu tarikh keramat itu diumumkan.

“Nak tahu bila Pilihan Raya? Paling lewat ialah pada April 2027. Jadi, kita ada jangka masa dua tahun lagi. Buat masa ini, fokus kita adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Justeru, kita kena rapatkan saf dan berikan sokongan tak berbelah bahagi,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tebrau 2025 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI