fbpx

Penumpang saman Singapore Airlines hidang makanan ada udang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail pesawat Singapore Airlines. - Foto AFP

NEW YORK – Seorang pakar pediatrik menyaman Singapore Airlines (SIA) kerana didakwa menghidangkan makanan mengandungi udang, lapor portal berita asiaone hari ini.

Dr. Doreen Benary, 41 yang bekerja di New York berkata, dia telah memberitahu kru penerbangan bahawa dia alah kepada makanan laut.

Ketika kejadian, pesawat tersebut menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa John F. Kennedy di New York dari bandar Frankfurt, Jerman.

Setelah memakan sebahagian daripada makanan itu, Benary mengesan kehadiran udang.

Doktor tersebut kemudian menyoal kru pesawat yang mengaku bahawa dia telah membuat kesilapan dan meminta maaf, demikian menurut dokumen mahkamah di New York.

Dia kemudian mengalami alahan teruk yang memerlukan pesawat itu dilencongkan ke Paris, Perancis.

Doktor tersebut terpaksa menjalani rawatan perubatan kecemasan di dua kemudahan perubatan berasingan.

Dia meminta SIA membayar ganti rugi penuh, adil dan munasabah kepadanya dalam jumlah yang akan ditentukan dalam perbicaraan tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI