fbpx

Penduduk Taman Megah Ria bimbang tragedi Putra Heights berulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Api menjulang tinggi berikutan kebakaran di sebuah lokasi dipercayai tempat penyimpanan minyak di Taman Megah Ria, Masai, Johor Bahru - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Penduduk meluahkan rasa bimbang mengenai kejadian kebakaran di Kawasan Perindustrian Kota Puteri berhampiran Taman Megah Ria di sini mengulangi tragedi letupan saluran gas di Putra Heights, Selangor pada April lalu.

Seorang penduduk, Zulkarnain Muhammad Nur, 63, berkata, dia menyedari kejadian kebakaran itu selepas melihat kepulan asap hitam pada pukul 11.30 pagi.

“Kawasan kebakaran dipercayai stor simpanan minyak dan tempat meletak lori. Kawasan perumahan saya terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kebakaran.

“Jadi rasa bimbang juga, apatah lagi pihak bomba turut mengarahkan penduduk untuk mengosongkan kediaman masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Seorang lagi penduduk, Elesha Alwi, 42, memberitahu, ketika kejadian, dia yang berada di dalam rumah sebelum terdengar bunyi letupan sehingga mengejutkan tiga anaknya yang sedang berehat.

“Pada pukul 12 (tengah hari) tadi saya dengar bunyi dentuman kuat. Selepas keluar rumah, saya nampak kebakaran dan kepulan asap besar.

“Memang rasa bimbang JUGA sebab api sangat marak dan (lokasi) kebakaran tersebut terletak berhampiran dengan kawasan kediaman kami,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI