fbpx

Faisal Halim tegur anak sebab pecahkan TV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khalish Aryan ditegur ayahnya, Faisal Halim kerana rosakkan televisyen di rumahnya.

PETALING JAYA – Bintang bola sepak Selangor FC, Faisal Halim menegur anaknya, Khalish Aryan kerana bermain bola sepak di dalam rumah sehingga menyebabkan televisyen pecah.

Menerusi hantarannya di Instagram, pemain sayap Selangor FC itu berkongsi rakaman keadaan televisyennya yang rosak dengan garisan berwarna hitam pada hujung skrin akibat terkena bola yang disepak anaknya.

“Tengok TV jadi apa dah? Main bola dalam rumah, tengok dah jadi apa ni? Siapa suruh main bola dalam rumah? Nak main bola, pergi main kat luar. Tengok keadaan TV tu, daddy (ayah) nak tengok macam mana?,” tegasnya dalam klip video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Katanya, ini bukan kali pertama dia menasihati anaknya agar tidak bermain bola berhampiran televisyen, namun kejadian itu tetap berlaku.

“Berapa kali daddy (ayah) dah cakap? Jangan sepak bola kat TV. Itu nak buat macam mana tu TV tu?,” katanya sambil merakam reaksi anaknya yang hanya mampu mengangguk dan sedar akan kesalahannya.

Dalam hantaran yang lain, Faisal turut berkongsi gambar keadaan skrin televisyen miliknya yang rosak akibat kejadian berkenaan.

“Minit ke-92, Khalish jaringkan gol,” tulisnya di ruangan kapsyen hantaran tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI